Sudah dua bulan jugaklah aku kerja kat Jusco and pelbagai ragam manusia jugak aku boleh lihat. macam-macam gaya dan kerenah.Kira secukup rasa laa..Ada yang okay ada yang tak.Tapi nak buat macam mana dah nama kerja so kenalah bagi service terbaik punyer..=)
"Adikk...adikk....bangunlah.Pergi kerja pukul berapa ni? Mak tengok jam dah 8.30 tadi."
"Ya ALLAH!! biar betul...? Jap, nak mandi and siap-siap." sepantas kilat aku lari pergi capai kain tuala then terus mandi. Memang macam lipas kudung la jawabnya. Sapa suruh tak set alarm.Haaa..kang da terbabassss...
"Asal jam tangan aku baru pukul 7.30 eh?? takkan mati kot. Ishh...janganlah buat hal time-time nak pergi kerja ni."
Baru aku teringat...dari tadi mak dok senyum-senyum tengok aku.Kenapa ye?? memang tak boleh belah laa buat lawak antarabangsa gerak aku kata dah pukul 8.30 padahal 3 jam dinding kat bawah baru pukul 7.30!!!!! Bengang tahap tak ingat aku..tapi kelakar jugak bila kelam-kabut bersiap-siap tadi sampai handphone pun lupa nak bawak.Adusss...=P
* * * * * * * * * *
" jangan pernah kau tangisi lagi...
Dear Miss Syai..kuatkan semangat...!!"
No comments:
Post a Comment